Penyelam Hilang | Kerajaan Johor tanggung kos rawatan penyelam

2022-04-09 0

Kerajaan Negeri Johor bersetuju membiayai kos rawatan penyelam warga asing yang ditemui selamat selepas hilang ketika melakukan latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing pada Rabu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata dua lagi mangsa ditemui dalam keadaan selamat tetapi dalam keadaan lemah, awal pagi tadi.

Kedua-dua mereka sedang menerima rawatan di hospital pakar KPJ di Pasir Gudang.